NODA HIROSHI | PASKAL


Bagi saya, untuk matlamat menyatukan berbilang bangsa di dalam satu negara tidak boleh bergantung kepada slogan, tapi patut mencarikan satu elemen yang boleh mencapai matlamat kesatuan semua bangsa di Malaysia, seperti sebenarnya badminton, dimana setiap kali dapat persaingan yang melibatkan pemain Malaysia, waktu itulah, semua yang berada di kedai mamak berasa “kita adalah orang Malaysia”

Hari ini, terdapat satu elemen lagi yang boleh mencapai matlamat tu, namanya : PASKAL.

Saya tetap percaya bahawa keunikan budaya dan kesenian negara kita adalah aset yang paling penting, yang boleh menwakilkan Malaysia di tapak antarabangsa, tetapi ia telah diabaikan sejak beberapa dekad dahulu, pihak tertentu yang mentadbir negara kita ini, tidak menumpukan pembangunan industri seni negara kita, sampai sekarang.

Namun begitu pengiat seni masih lagi bertungkus lumus, mencari jalan untuk mempromosikan Malaysia kepada orang lain, syabas saya ingin mengucapkan walaupun saya bukan sesiapa, tapi sebagai seorang rakyat, saya amat bangga.

Sebelum PASKAL, kalau saya tanya apakah filem yang anda masih teringat dan boleh membawa nama harum di antarabangsa? Dalam ingatan saya, “Puteri Gunung Ledang”, lepas tu “Sepet”, “POLIS EVO”, “The Journey”, “Ola -Bola”, dan filem yang berasaskan hantu, pontianak dan sebagainya. Bagi saya, tidak begitu boleh mewakil negara kita, sebab ia macam tidak disokong oleh semua kaum.

Mungkin saya betul, dan mungkin saya salah.

Kerajaan yang tidak prihatin terhadap pengiat seni, seolah-olahnya menuangkan air sejuk ke badan mereka, memberi signal tersirat “jangan lagi membuang masa di industri ini”, tapi mereka-mereka ini pula tidak memutus asa, macam orang cina kata, “bagai lipas yang susah mati”, menunjukkan bahawa mereka begitu tekad untuk mencapai matlamat “produksi negara Malaysia setaraf negara lain.”

PASKAL telah buktikan.

Saya tidak dibayar oleh sesiapa untuk menulis ini, tapi emosi saya setelah habis menonton filem tersebut tiga puluh minit yang lalu, kecuali sebahagian daripada dialog yang saya tidak boleh terima, serta kalau saya berbanding dengan cerita FBI, SWOT negara barat, PASKAL belum lagi sampai taraf itu. 

TETAPI, yang telah menyentuh hati saya, adalah elemen elemen yang mungkin penonton telah mengabaikannya. Seperti, anak orang Cina yang begitu dekat dengan keluarga orang Melayu, orang Cina yang berkhidmat di pasukan tentera khas sebegini, tidak sering nampak di filem filem produksi negara kita sebelum ini.

Kalau bukan PASKAL, saya tidak tahu PASKAL. Filem ini telah memberikan imej yang begitu baik di kalangan rakyat yang ahli keluarganya bukan anggota tentera, sekian lama, kami menganggap tentera ni biadap dan tidak sopan, macam Jeb, tapi bukan semuanya macam itu.

Dalam PASKAL, sekurang-kurangnya kami tahu bahawa macam mana mereka dilatih, kehidupan harian mereka di markas tentera, kemungkinan penerbit semata-matanya ingin memberikan imej yang bagus, tetapi siapa yang kata ia memang tidak benar?

PASKAL, bagi saya, adalah satu simbolik yang sangat penting, kami sentiasa ingat anggota tentera membazirkan duit negara, sebab kami tidak tergugat dengan perang ataupun gejala gejala ganas, tetapi dalam zaman sekarang, siapa akan memberi jaminan negara kita akan sentiasa selamt.

PASKAL, bagi saya, adalah satu mesej yang kuat untuk rakyat Malaysia, pernahkah anda tanya sendiri, “Berapakah jumlah yang saya boleh korbankan untuk negara?” Pernah saya memerli segelintir orang yang asyik bertanya “kenapa Malaysia tidak boleh bagi saya ini dan itu.”, saya pula membalas dengan satu soalan yang senang,

“Berapakah anda boleh korbankan untuk Malaysia”

Saya rasa, kebanyakan akan kata, “kenapa saya pula?”

“Kenapa pula anggota askar yang perlu berkorban, tapi kita pula duduk senang di rumah, dan asyik kita kritik anggota askar?”
Kalau dari segi teknik dan produksi, saya harap tempo filem boleh lagi cepat lagi, dialog yang berdasarkan kata nama tentera perlulah dengan ton yang setaraf dengannya - ada sedikit macam tak cukup ohm, orang kata.

“Negara.. keluarga… sama jer”

Tapi, bagi saya, PASKAL so far is the best Malaysian filem to me.


NODA HIROSHI | PASKAL NODA HIROSHI | PASKAL Reviewed by Kenn Yeap Noda Hiroshi on 00:18:00 Rating: 5
Post a Comment

Sponsor