Noda Hiroshi ucap Bahasa Malaysia : Boleh kah saya buang undi untuk pembangkang kalau saya penjawat awam?

Kepada penjawat awam yang bakal mengundi.

Salam kepada kawan kawan saya yang bakal mengundi, ataupun akan mengundi buat pertama kali sempena hari mengundi yang akan datang.

Kemungkinan besar dalam hati kawan saya, akan berfikir, "saya penjawat awam, boleh kah saya mengundi kepada pembangkang?" - Kalau dalam hati anda masih berfikir, buat selama ini, makan gaji kerajaan, oleh itu mesti sokong kerajaan, anda tidak bersalah kalau fikir macam ni, tapi yang penting sekali anda mesti ingat bahawa anda makan gaji Kerajaan, bukan makan gaji Parti Politik.

Kalau lah, Pakatan Harapan diberikan mantan untuk menjadi kerajaan nanti, bekalan gaji tetap akan di bagi setiap bulan, disebabkan dengan satu prinsip sahaja - bahwa anda adalah penjawat awam. Anda tidak perlu bimbang apa-apapun, tentang anda tidak akan dapat gaji kalau tukar kerajaan, tapi hanya satu kelompok orang yang perlu dia bimbang, iaitu orang-orang yang berjawat tanggungjawab awam tapi tidak pernah berkerja ataupun berkhidmat.

Saya pernah berkerja di kementerian pada tahun 2011, selaku penjawat di sisi timbalan menteri. Saya adalah salah satu orang cina yang berada di pejabat tersebut, dan sering kali saya pergi ke cafeteria untuk membeli bekalan makanan dan air, setiap waktu saya pergi ke cafeteria, muka yang sama sahaja berada disitu, dengan teh-tarik dan kuih di atas meja.

Umur saya hanya 23 tahun pada masa itu, dalam hati saya, hanya berfikir "tidak payah saya teguh walaupun saya penjawat tahap tinggi." tapi dalam hati saya terus berfikir, kenapanya kalian semua diberi peluang perkerjaaan sebagai penjawat awam namun anda tidak tengok penting terhadapnya, kalau orang lain komplain pasal itu, tidak pernah dia rasa malu malah rasa orang lain tu lah yang mengumpat dan bercakap bukan bukan.

Walaupun saya pakai spect, tapi mata saya agak jelas sekali, dan boleh lagi banding siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak.

Penjawat awam yang lain pula, di kawasan lain, tak kiralah bahawa kerajaan pusat, negeri ataupun daerah, penjawat-penjawat macam tiada kerja tapi sanggup duduk dalam ofis sahaja. Ataupun saya suka kata begitu, penjawat awam yang makan kenduri sahaja.

Penjawat awam di kaunter malah malas lagi walaupun dalam waktu perkhidmatan, dengan alasan sistem tidak berfungsi, ataupun alasan yang sering diguna "oh, yang ni encik perlu pergi ke ofis lain, bukan di sini" tambahkan rasa benci orang orang Malaysia yang perlukan perkhidmatan.

Kepada penjawat awam yang bimbang, hanya golongan penjawat awam yang malas perlu bimbangkan sendiri, bukan penjawat awam yang sentiasa tekun dan berkhidmat untuk negara.

Yang berita dikemukankan di Utusan Online tu, saudara saudari perlu ingat, yang portal berita itu dimiliki UMNO, tidak hairan lah mereka akan mengemukakan berita yang akan tolong pihak barisan nasional. Tapi yang betul tu, penjawat awam yang tekun dan bertanggungjawab akan dijamin perkerjaaan tu, sebab Malaysia perlukan orang yang bertanggungjawab.

Kalau betul percaya saudara saudari tentang Pakatan Harapan akan pecat penjawat penjawat yang posisinya tinggi tu, betul - jikalau penjawat tersebut tidak bertanggungjawab ataupun tidak pernah fokus dalam kerja dia, maka bagus juga dipecat, sebab lepas dipecat, saudara yang bertekum semenjak dulu-dulu tu, ada peluang untuk dinaikkan pangkat.

Saudara saudari, tidak perlu bimban pasal kerja anda, anda boleh buang undi anda kepada pembangkang, disebabkan

1. Undi itu rahsia
2. Kalau Pakatan Harapan menang, Pakatan Harapan akan jaga penjawat awam yang bertanggungjawab, bukan Barisan Nasional.

Demi masa depan seluruh Malaysia.


Noda Hiroshi ucap Bahasa Malaysia : Boleh kah saya buang undi untuk pembangkang kalau saya penjawat awam? Noda Hiroshi ucap Bahasa Malaysia : Boleh kah saya buang undi untuk pembangkang kalau saya penjawat awam? Reviewed by Kenn Yeap Noda Hiroshi on 13:56:00 Rating: 5
Post a Comment

Sponsor